Sabtu, 3 Oktober 2009

PERKATAAN SEPAK TAKRAW

Selain mempopularkan sukan sepak takraw, aku juga harap anak-anak muda jangan sebut sukan sepak takraw dengan simply TAKRAW sahaja. Gunakan perkataan SEPAK itu. Sebab SEPAK adalah Bahasa Melayu dan TAKRAW adalah bahasa Siam bermaksud bola atau raga. Masa nak popularkan sepak takraw di peringkat antarabangsa Malaysia dan Thailand agreed to use both languages. So, kalau kita asyik sebut TAKRAW dan tinggalkan SEPAK, akhirnya nanti orang luar dan even anak cucu kita sendiri akan percaya yang sukan sepak takraw originate from Thailand. Padahal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi kerabat diraja dah main sukan ini. Kalau tidak kerana sepak takraw, kemungkinan besar tidak akan wujudnya Negeri Pahang. Ingat? Pergi baca buku sejarah balik….

Jadi impian pertama aku nak sukan sepak takraw ni dipopularkan di bandar-bandar besar, termasuk mempromosikan sepak takraw pantai dan kita semua menitik beratkan sebutan SEPAK instead of TAKRAW.

Sepak Takraw



Rata-rata di bandar-bandar anak muda sibuk main futsal. Kat mana-mana ada gelanggang futsal. Dulu masa mula-mula nak glamer charge futsal RM80-90 sejam, sekarang ada yang cecah RM120…. Tapi still ramai orang main. Dalam dewan-dewan perbandaran pula malam-malam ramai yang main badminton. Sewaan gelanggang tidak la mahal mana, tapi duit nak beli shuttle cock tu berat. Sekali main, kalau main secara serious boleh habis 2-3 tabung. End up almost sama dengan kos main futsal. Banyak juga syarikat or pejabat kerajaan yang sponsor staff mereka main futsal atau badminton. Aku tak puas hati betul, kenapa tak ramai yang nak main sepak takraw? Gelanggang sepak takraw pun dah makin kurang. Padahal sepak takraw adalah sukan tradisi kita. Kalau aku minta orang main congkak atau batu seremban ramai-ramai setiap minggu maybe melampau lah, tapi sepak takraw is a ‘healthy’ sport juga. Perlu tenaga, semangat sepasukan, berpeluh, elemen-elemen yang sama seperti futsal dan badminton. Kos untuk main sepak takraw pun tak mahal mana, bola sebiji boleh tahan berbulan-bulan. Kalau main dalam dewan (banyak dinding) pun at least boleh tahan few weeks.

Penyertaan Dalam Acara Sepak Takraw Perlu Dihadkan - Istaf





 








Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 16 Dis (Bernama) -- Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) hari ini menyarankan agar jumlah acara sepak takraw yang disertai sesebuah negara pada Sukan SEA dan Sukan Asia pada masa akan datang perlu dihadkan bagi mengelak wujudnya monopoli dan untuk memberi peluang sama rata kepada semua pihak.

Setiausaha agungnya Abdul Halim Kader berkata langkah itu sejajar dengan amalan oleh sukan lain seperti taekwondo dan angkat berat bagi memberi peluang kepada pasukan lain memenangi pingat, bukan oleh pasukan kuat sahaja.

Katanya cadangan itu diterima pakai pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif Istaf semasa berlangsungnya Sukan SEA di Korat pada 13 Dis dan disokong oleh Thailand, yang menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang ditawarkan bagi sukan itu.

"Kami telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyediakan butiran lanjut mengenainya. Mungkin, pasukan akan dibenarkan mengambil bahagian dalam 70 peratus acara sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Halim berkata idea itu dicetuskan semasa berlangsungnya Sukan Asia di Doha tahun lepas dan ia akan dilaksanakan pada Sukan SEA 2009 di Laos dan Sukan Asia 2010 di Ghuangzhao, China.

Malah, kata beliau, Persatuan Sepak Takraw China dan Jawatankuasa Olimpik China telah membawa perkara itu kepada Istaf enam bulan lepas.

"Ini juga akan membantu persatuan mendapat dana daripada kerajaan mereka dan menarik penajaan. Contohnya, di Singapura terdapat sistem ranking berdasarkan pingat yang dimenangi, kepimpinan, pengurusan dan jenis program dalam menentukan bantuan kewangan yang akan diberi," katanya.

Sementara itu, setiausaha agung Persekutuan Sepak Takraw Asia Boonchai Lophpipat dari Thailand berkata negara itu tidak membantah cadangan tersebut kerana ia lebih mementingkan masa depan serta ingin melihat lebih banyak negara mengambil bahagian dalam sukan itu dan mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk memenangi pingat.

"Berdasarkan pengamatan kami, lebih banyak negara telah mengambil bahagian dalam acara beregu dan hoop pada Sukan SEA Korat, berbanding dalam acara regu dan berpasukan. Dengan mengehadkan penyertaan, negara baru muncul seperti Vietnam, Filipina dan Singapura juga mempunyai peluang untuk menang, bukan Thailand, Malaysia atau Myanmar saja," katanya.

Boonchai, yang juga bendahari Istaf berkata ramai bakat baru telah lahir daripada Sukan SEA dan terdapat juga banyak keputusan mengejut, walaupun Malaysia menarik diri daripada menyertai acara itu kerana tidak berpuas hati tentang peraturan berkaitan penggunaan bola bersalut getah, Marathon Gen-II.

Halim berkata lebih banyak negara kini terlibat dengan permainan sepak takraw seperti Iran, yang mempunyai 25 daerah permainan, 60 jurulatih serta 100 pengadil sukan itu.

Katanya Iran juga telah ditugaskan oleh Istaf untuk mempromosikan sepak takraw di Lubnan, Syria, Azerbaijan dan Bahrain dalam tempoh dua tahun akan datang.

-- BERNAMA