Isnin, 20 Julai 2009

Kemelut Sepak Takraw





Aksi pemain negara di Sukan Asia Doha
Penarikan diri
Isu yang paling hangat dalam sukan sekarang ini ialah isu penarikan diri skuad Sepak Takraw daripada menyertai kejohanan Sukan Sea Korat yang baru bermula semalam. Puncanya cuma satu, perihal bola Marathon New Generation (Marathon Gen 2) yang nyata memberi kelebihan pada tuan rumah dan tidak melepasi tempoh percubaan(ujian) 6 bulan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF). Alhamdullilah, semalam skuad Myanmar telah mengikuti jejak skuad negara dalam menarik diri daripada acara berpasukan lelaki dan wanita Sukan SEA Korat.
Ini merupakan satu kemenangan moral dan psikologi oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia setelah ditekan oleh pelbagai pihak yang ternyata mementingkan kos dan hanya sekadar mengkritik. Persoalannya bukan wang,masa dan tenaga tetapi maruah skuad negara yang ingin diperkotak-katikkan tuan rumah yang ternyata takut dengan kebangkitan skuad negara yang mampu mengambil sevis kuda mereka setelah 12 tahun mencuba.
Jika semangat kesukanan jadi persoalan, kita boleh menggunakan bola biasa tanpa menggunakan bola baru dan setelah melepasi tempoh ujian barulah boleh kita menggunakan bola itu. Tapi, tiba-tiba sahaja pihak penganjur kejohananan Sukan Sea Korat terus menggunakan bola baru yang belum terjamin keselamatannya. Ternyata hal ini mempunyai konflik kepentingan yang tersembunyi.
Ironinya, tatkala negara lain menggunakan bola biasa untuk menjalani latihan sebelum kejohanan Sukan Sea Korat. Skuad tuan rumah sudah pun serasi dengan menggunakan bola ini dalam latihan mereka, dan hal bola Marathon New Generation (Marathon Gen 2) baru diberitahu sebulan sebelum kejohanan. Maka terkial - kial negara serantau mencuba bola ini. Akibatnya, skuad negara kita telah menarik diri dari kejohanan kerana menyedari adanya kepentingan terhadap tuan rumah.

Pendapat peribadi
Aku menyokong penuh penarikan diri skuad negara ini kerana aku rasa tidak adil jika adanya kepentingan tuan rumah dalam sukan. Aku sifatkan mereka(skuad tuan rumah) ini sebagai pengecut dan mungkin patut malu. Penghormatan sebagai lawan yang digeruni dan dihormati oleh aku pada mereka(skuad tuan rumah) telah hilang kerana hal ini. Tunggulah skuad negara akan bangkit pada kejohanan edisi yang akan datang dan kejohananan-kejohanan lain kerana skuad negara kita tak pandai tipu muslihat sebab skuad negara kita mampu untuk lawan secara berhadapan. Dirgahayu Malaysiaku ! :-)

Sumber
Enjin Carian Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan